MICROSOFT WORD: HEADER & FOOTER
Aktiviti terkini |29 April 2024Tempat Aktiviti:
NADI Felda Jengka 4
Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Microsoft Word ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan kemahiran ICT, memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mahir dalam tugasan menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru sekolah.
• Petugas mengajar cara memasukkan “Header” dan “Footer” di Microsoft Word.
• Seramai 3 orang peserta yang menyertai kelas ini adalah pelajar sekolah menengah rendah.
Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mempelajari kemahiran asas Microsoft Word bagi membantu beliau dalam tugasan kerja kursus.
• Menghasilkan generasi komuniti yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sesi kelas bermula pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.
• Dijalankan selama 1 jam di NADI Felda Jengka 4.
• Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada petugas NADI.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Word secara asas dan dapat menambah Kemahiran baru iaitu belajar cara memasukkan “Header” dan “Footer” di Microsoft Word.
• Melahirkan komuniti yang mempunyai kecekapan dan kemahiran ICT yang baik.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :