MICROSOFT WORD: KELAS ASAS MENAIP

Aktiviti terkini |12 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Asas Menaip ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan kemahiran ICT dan asas menaip.
• Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya pelajar dapat belajar menaip dengan format yang betul dan kemas.
• Petugas juga menunjukkan cara membuat perenggan, “justify” dan perbetulkan kesalahan seperti “double spacing”, simbol titik dan koma.
• Seramai 3 orang peserta yang menyertai kelas ini adalah pelajar tahap 2 sekolah rendah.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada peserta agar dapat mahir dalam kemahiran menaip bagi membantu dalam tugasan kerja menaip.
• Menghasilkan generasi pelajar yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sesi kelas bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
• Dijalankan selama 1 jam di NADI Felda Jengka 4.
• Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada petugas NADI.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Word secara asas dan dapat menambah Kemahiran baru iaitu belajar cara membuat perenggan dan “justify” di Microsoft Word.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kecekapan dan kemahiran ICT yang baik.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :