KURSUS USAHAWAN : KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti terkini | 6 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta iaitu seramai 4 orang yang terdiri daripada petugas kantin sekolah. Setelah mendapatkan jadual kursus dengan pihak penganjur,pihak kami telah menghubungi mereka untuk menjalankan kurus secara atas talian ini. Petugas NADI juga memantau para peserta sekaligus membantu para peserta agar dapat memastikan kursus ini berjalan dengan lancar.

Tujuan :
• Kursus ini memberi latihan asas mengenai kebersihan keselamatan makanan dalam aktiviti pengendalian makanan untuk tujuan jualan atau komersial.Kursus ini wajib diambil oleh setiap Pengendali Makanan menurut Peraturan-Peraturan Kenbersihan Makanan (PPKM) 2009.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sesi kelas bermula pada jam 9.30 pagi – 12.30 t.hari
• Kursus selama 3 jam di NADI Felda Jengka 4.
• Didalam kursus ini,para peserta perlu menjawab soalan serta melengkapkan tugasan yang diberikan oleh Jurulatih bagi menentukan mereka layak atau tidak mendapatkan sijil Kursus Pengendali Makanan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada peserta kursus yang memerlukan pemilikan Sijil Pengendali Makanan menjalani kursus dengan lebih efektif,memudahkan dari segi lokasi yang dekat.
• Mendapatkan info dan ilmu yang penting mengenai tatacara pengendalian makanan yang betul dan selamat.

Nama VIP :
• Puan Nur Nadiah Bt.Shahrom (Trainer NZ Bunga Venture)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :