ENTREPRENEURSHIP: KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti terkini |15 & 28 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik ICT PEDi Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Kursus anjuran NZ Bunga Venture secara atas talian (Zoom Meeting) untuk para usahawan atau mereka yang terlibat dalam pekerjaan Pengendali Makanan.
• Seramai 6 orang peserta yang terlibat dalam kursus ini, manakala 2 orang lagi peserta terlibat pada tarikh 28 Februari 2024 (sesi ke 2).
• Para peserta diberi perangan melalui video,serta ujian pemahaman yang menentukan sama ada mereka lulus atau tidak.

Tujuan :
• Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada individu yang terlibat didalam bidang Pengendalian Makanan tentang pentingnya ilmu Pengendalian Makanan ini untuk mengelakkan terjadinya risiko keracunan makanan.
• Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang aspek kebersihan dan keselamatan ketika mengendalikan makanan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 9.30 pagi – 12.30 t.hari.
• Program ini dimulakan dengan memberikan ujian am tentang Pengendalian Makanan untuk menentukan tahap kefahaman mereka tentang aspek pengendalian makanan.
• Seterusnya para peserta diberi penerangan oleh Jurucakap atau Coach Pengendali Makanan yang terlatih dimana Coach ini telah mendapat pentauliahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
• Para peserta juga berkongsi mengenai pengalaman mereka ketika proses pengendalian makanan
• Sesi Q & A antara Coach dan Pesera
• Ujian Kelayakan Individu

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang aspek Pengendalian Makanan
• Memberi pengalaman baru bagi beberapa peserta yang tidak pernah mengikuti kelas atau program anjuran PEDi.
• Memberi peluang kepada para usahawan yang memerlukan bantuan untuk membangunkan perniagaan mereka.

Nama VIP :
• Pn.Nadiah Binti Shaharom (Coach/Jurulatih)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :