PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEDI FELDA JENGKA 4

Aktiviti terkini | 18–19 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Pembukaan Kaunter Fizikal oleh Pegawai Jabatan Perangkaan (DOSM) Cawangan Kuantan,Pahang
• Seramai 3 orang kakitangan DOSM terlibat dengan pembukaan Kaunter Fizikal ini.
• Melalui Kaunter Fizikal PADU ini membolehkan komuniti Felda Jengka 4 melengkapkan maklumat didalam portal PADU.
• Kaunter Fizikal ini dibuka selama 2 hari iaitu 18 dan 19 Januari 2024.

Tujuan :
• Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menggalakkan masyarakat mengisi maklumat didalam portal PADU.
• Melalui Pembukaan Kaunter Fizikal ini para komuniti boleh mendapatkan maklumat dengan jelas mengenai PADU dan juga kepentingan mengisi maklumat didalam portal PADU.
• Memudahkan para komuniti mengisi maklumat PADU kerana boleh mendapatkan perakuan terus daripada pegawai DOSM tanpa melalui proses pengecaman identiti (e-kyc)

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti bermula pada jam 9 pagi – 5 petang.
• Aktiviti ini dijalankan selama 2 hari di PEDi Felda Jengka 4.
• Seramai 106 orang telah berjaya didaftarkan selama 2 hari pembukaan Kaunter Fizikal PADU ini
• Turut mendapat kunjungan daripada Jabatan Penerangan Maran untuk membuat tinjauan mengenai sambutan komuniti terhadap pengisian maklumat PADU.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada komuniti untuk mengisi maklumat didalam portal PADU.
• Menyalurkan maklumat yang betul dan sahih mengenai PADU kepada masyarakat
• Meningkatkan keyakinan kepada komuniti untuk mengisi maklumat didalam portal PADU.
• Menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi ketika proses pengisian maklumat PADU iaitu proses pengecaman identiti atau (e-kyc)

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :