ENTREPRENEURSHIP: MENGISI PERMOHONAN SKIM I-PUSH

Aktiviti terkini | 30 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik ICT PEDi Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini terbuka untuk para usahawan yang ingin memohon pinjaman kewangan untuk membantu mereka dalam perniagaan.
• Seramai 5 orang peserta yang terlibat dalam kelas mengisi permohonan i-PUSH ini.
• Para peserta terlebih dahulu diberi penerangan mengenai skim ini sebelum membuat permohonan.

Tujuan :
• Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk membantu usahawan didalam perniagan mereka.
• Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap skim atau bantuan perniagaan daripada Kerajaan Negeri.
• Mendekatkan lagi hubungan antara komuniti dan PEDi dimana komuniti dapat mengenali fungsi PEDi dengan lebih mendalam dan mengambil inisiatif ini untuk meningkatkan kemahiran ICT melalui kelas dan pembelajaran di PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi – 11.00 pagi.
• Program ini dimulakan dengan penerangan berkenaan Skim i-PUSH yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
• Para peserta diperkenalkan dengan melengkapkan borang Skim i-PUSH ini secara atas talian (online).
• Seterusnya para peserta diajar cara membuat kata laluan untuk melengkapkan borang tersebut,
• Para peserta juga boleh melihat status pinjaman mereka menggunakan kata laluan yang dicipta melalui akaun tersebut

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT
• Memberi pengalaman baru bagi beberapa peserta yang tidak pernah mengikuti kelas atau program anjuran PEDi.
• Memberi peluang kepada para usahawan yang memerlukan bantuan untuk membangunkan perniagaan mereka.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :