KELAS ASAS MICROSOFT WORD

Aktiviti terkini |20 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Microsoft Word ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan kemahiran ICT, memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mahir dalam kerja-kerja dokumentasi.
• Petugas mengajar cara membuat senarai nama dan maklumat di Microsoft Word.
• Seorang peserta yang menyertai kelas ini adalah AJK Masjid Felda Jengka 4.
• Akhirnya, beliau berjaya menyiapkan senarai nama dan maklumat 50 orang penerima sumbangan duit raya di Microsoft Word hasil daripada pembelajaran di NADI Felda Jengka 4.

Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mempelajari kemahiran asas Microsoft Word bagi membantu beliau dalam kerja-kerja dokumentasi.
• Menghasilkan generasi komuniti yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sesi kelas bermula pada jam 3.30 petang – 4.30 petang.
• Dijalankan selama 1 jam di NaDi Felda Jengka 4.
• Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada petugas NADI.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Word secara asas.
• Melahirkan komuniti yang mempunyai kecekapan dan kemahiran ICT yang baik.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :