Mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi)

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Rancangan FELDA Jengka 4 yang terletak dalam daerah Maran ini telah dibuka pada tahun 1968. Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka.

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar kelapa sawit. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka juga diberikan nama mengikut nama bunga. Oleh itu, Jengka 4 dikenali dengna nama Felda Jengka 4(Kemboja). Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai peneroka dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


KELAS ASAS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2024

Kelas Microsoft Word ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan kemahiran ICT, memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mahir dalam kerja-kerja dokumentasi...baca selanjutnya

ENTREPRENEURSHIP: KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 15 & 28 Februari 2024

Kursus anjuran NZ Bunga Venture secara atas talian (Zoom Meeting) untuk para usahawan atau mereka yang terlibat dalam pekerjaan Pengendali Makanan....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL KWSP TEMERLOH (PROGRAM OUTREACH KWSP)

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2024

Pembukaan Kaunter Fizikal oleh Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Temerloh,Pahang...baca selanjutnya

ENTREPRENEURSHIP: MENGISI PERMOHONAN SKIM I-PUSH

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2024

Aktiviti ini terbuka untuk para usahawan yang ingin memohon pinjaman kewangan untuk membantu mereka dalam perniagaan....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEDI FELDA JENGKA 4

Aktiviti Terkini | 18–19 Januari 2024

Pembukaan Kaunter Fizikal oleh Pegawai Jabatan Perangkaan (DOSM) Cawangan Kuantan,Pahang...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti